Tuesday 9 June 2015

MIMI DAH BESAR

Rindu sangat pada dia. Susah sangat nak whatsapp. Nak contact. Makan hari jugak. Mungkin sebenarnya makan minggu. Cuma aku je yang tak perasan. Tibalah satu masa tu aku staring je dekat box conversation we all. Status whatsapp "online" tapi langsung tak reply whatsapp aku yang dah berbelas bubble. Then, aku beranikan diri untuk tanya dia "Kenapa tak reply? Tapi saya nampak awak online." Dia pun jawab "Discussion la adui" that 'adui' buat aku berkecil hati. At the same time, whatsapp tu pada pukul 11.30pm. Kau rasa? Discus apa pukul 11setengah malam? Okay aku sabar. Sabtu aku whatsapp dia. Tak reply pun. Takpe. Kuat. Malam tu pukul 7 lebih (maghrib) aku tanya dia "Awak online tapi tak reply satu pun wsap saya." Lepastu, tenang je dia reply "Tengah discuss. Busy busy" Hmm (saya dah besar jadi saya tak mahu bertengkar, Saya beralah). Tapi, sebenarnya aku makan hati sangat. Jadinya, aku pun reply "Discuss sampai muntah seminit pun tak ada masa untuk kita." Dia macam marah dengan ayat tu so dia reply
"Stop being a child lah"
"Kalau tak sanggup tunggu takpe"
*saya kecil hati dengan ayat ni*
"Go find someone else"
*yang ini buat hati saya hancur berderai*
"Dah cakap kalau nak dengan saya, kena bersabarkan"
"Tak sabar takpe"
"Then don't be a child"
"Awak dah besar"

Ye, memang saya dah besar. Tapi, saya nak jugak sikit perhatian. Kalau tak boleh bagi tak apa. Terima kasih. Sebab saya dah besar, mungkin saya tak perlukan perhatian dari awak. Moga awak tak lupa apa yang kita dah bina selama ni. Selamat malam.

[3:02AM]
[10/6/2015]

-Akulah hati yang telah kau sakiti-

Friday 29 May 2015

kita dan diagnosis

Yeyyy. Tajuk sangat kejururawatan dan kedoktoran. Well. Bekas pembantu klinik memang macam tu. Okay. Tak banyak pun tulisan kali ni. Cukup padat dan bermakna--

Masih lagi aku teringat. Dia marah sangat. Sebab aku macam main-mainkan dia. Jadi, dia pun pergi tinggalkan aku (dengan keadaan marah). Bila dah balik semula ni. Aku selalu sebut kesalahan aku. Dia akan cakap "Dah la. Awak jangan cakap lagi. Benda lama. Saya sedihlah. Saya dah maafkan"
Sumpah. Paling sebak. 3tahun dia pendam rasa. Akhirnya, kembali terjalin. Moga-moga kasih kita berpanjangan. After saya degree kita bincang lagi okay! "Miss you" "Love you"!! Terima kasih atas pengorbanan selama ini.


Dear, A great relationship is all about falling in love with the same person over and over again!!
Will trust you til the end of the world--


-TIARA-


Wednesday 29 April 2015

Kembali pulang.

Tujuan post sesaje memang sesaje. Takde kerja. Sementara free, kan? Hee. Sebulan duduk shah alam. Terus rasa sayu nak tinggalkan shah alam. Nak dijadikan cerita, sepanjang aku dekat sana. Ada la 2 ke 3 kali whatsapp dengan ex bf. Dia selalu ajak datang ke Wangsa Maju. Aku memang tak layan sangat la. Sebab jauh. Lagipun busy dengan project cookies. Satu hari tu, dia whatsapp pepagi. Cakap yang dia nak ke shah alam kalau free boleh jumpa. Bla bla bla. Lama jugak kitorg whatsapp gaduh bagai nak minta aku share location. GERAM! Hahaha. Lepas habis 4 adunan cookies. Terus!! Pergi masjid shah alam sek 7. Dia dah ada kat sana. Arghhhh first date after last date (tahun 2011) Kau bayangkan aku pakai seluar zumba makcik. Baju makcik yang of course besar. Tudung makcik yang labuh. Ehh malu. Sekali dia pun simple je. Jersey, dengan seluar tah pape. Sumpah dedua simple. Pergi aeon bukit raja. Tak jauh pun dari tempat tinggal aku. Sampai sesat ke klang! Terima kasih. Akhirnya... Yang telah hilang datang lagi ke hidupku. Saat jauh dekat semuanya sama kuselalu mencintaimu! 7/12/2010 (officially bercinta monyet) dalam 7bulan lepastu, pisah sebab Athirah Fitri buat hal!! Hahahahaha. Lepastu, kadang kadang contact kadang kadang tak. Sampai la harini. Moga jodoh masih kuat. Saya sayang awak!

Me him and us!

Saya Dia Dan DIAgnosis

Saturday 27 December 2014

END

Saya dah habis sekolah horeyyyy