Assalamualaikum..
Entah. Tiba-tiba saje terasa nak buat entry tentang datuk sendiri. Asyik tentang diri sendiri. Kali ni, tentang atuk. Atuk yang mana membesarkan aku serta adik-beradik yang lain saat bondaku mencari rezeki. *pause lagu di youtube* Ya, aku mula semula cerita tentang kekasih sejati ku, bernama Haji Abdul Hamid bin Mohamed. Dia cuma seorang lelaki biasa. Namun, mampu menjaga kami semua. Anaknya, cucunya.
Aku, kakak dan juga adik bongsu dijaga oleh datuk dan nenek. Datuk tidak pernah merungut kerana perlu menjaga kami adik-beradik yang sudah lama ditinggalkan oleh bapa sendiri kerana tiada jodoh bersama bonda. Maka, bonda terpaksa mencari kerja untuk menyara kami semua. Datuk dan nenek terus menjaga kami kerana kami cucu mereka.
Dulu,
Datuk gagah perkasa. Sebelum ini bermacam pekerjaan yang dia lakukan. Yang aku cuma ingat. Dia pernah menjadi pengawal keselamatan. Sentiasa memenuhi permintaan cucu-cucunya yang kurang kasih sayang dari seorang ayahanda. Dia menggantikan tempat ayahanda kami dengan ikhlas.
Kini,
Datuk sudah tua. Menjangkau 70an. Berdiri pun sudah tak terlalu kuat. Tak macam 16tahun yang lalu. Biarkan saja atuk berehat. Jangan diberi kerja kuat. Aku terlalu sayangkan dia.
Sementara itu,
Aku mahu tuhan panjangkan umur dia. Aku mahu buat atuk tersenyum sepanjang hayatnya. Aku ingin membawanya ke mana saja yang dia mahu bersama kereta yang aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri, NANTI. Panjangkan la umur datuk ku. Kerana dialah satu-satunya datuk yang aku ada. Benar, jasa dia tak mampu aku balas dengan wang ringgit. Dengan itu, aku mahu membalasnya dengan buat hati dia sentiasa senang. Melihat aku berjaya. Pinjamkanlah atuk untukku sehingga aku berjaya dipuncak kejayaanku. Itu saja yang aku mahu. Benar-benar mahu :)
Aminnnnn ya Rabalalaminnnn.
Yang ikhlas menyayangimu,
Cucumu
(Athirah/Mimi)