Kau bayangkan..... Disaat kita tidur, dia berjaga. Kita bersenang dengan harta dia, dia bekerja keras. Sebab untuk kita apa sahaja dia akan beri. Dia beri, langsung tak minta dibalas. Dia cuma nak hidup kita sempurna. Ada kekuatan jiwa, dan ada maruah.
Dia berleter dari hati sebab dia taknak kau buat benda yang salah. Tapi, kita kadang buat tak endah. Acuh tak acuh je dengan leteran dia. Sepatutnya, leteran dia tu kita pasakkan pada hati. Dia marah kita, bukan kerana dia benci kita. Tapi, dia sayangkan kita.
Kita semakin dewasa. Berjiwa remaja yang inginkan kebebasan. Sedangkan dia semakin tua membilang usia. Dan saat itu kita berjaya, dia dah tak berdaya. Semoga kita tak lupa jasa orang yang telah membesarkan kita. Tidak kiralah siapapun yang membesarkan kau. Hargai jasanya. Hormatinya.
Aku cuma mahu bercerita tentang seorang atuk tua yang banyak jasanya pada aku, kakak dan adik. Aku membesar dengan kasih sayang atuk, nenek dan bonda.
Atuk,
Seorang insan yang sangat gigih bekerja, tak pernah merungut membesarkan cucunya. Aku doakan atuk cepat sihat. Sedar tak sedar atuk pun memang dah lanjut usianya. Aku pun semakin membesar. Aku taknak la cerita atuk sakit apa. Tapi, memang aku menangis bila atuk asyik mengucap. Then, dia bagitahu aku "Kau urutlah masa aku masih boleh mengucap. Nanti aku dah takboleh mengucap, masa tu takpayah urut dah". Aku menangis. Adik aku yang dekat ssebelah pun dah tahan air mata je. Gila kau? Tak sedih. Atuk aku siot. Dia yang besarkan aku. Dia la ayah, dia la atuk, dia la kawan gaduh, dia la tempat aku mengadu. Dia la bank. Dia la segalanya.
Sekarang orang yang gagah tu, dah tak segagah dulu. Semoga tuhan beri keizinan untuk atuk terus di samping aku sehingga aku berjaya. Ameen.
Get well soon, Haji Abdul Hamid.